Tiada cara terbaik mengakhiri tahun 2010 untuk Malaysia selain memenangi Piala AFF Suzuki 2010! Walaupun kecundang 1-2 kepada skuad Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi, pasukan ‘Harimau Malaya’ menang bergaya dengan agregat 4-2. Satu kejayaan yang cukup manis bagi seluruh peminat bola tanah air setelah sekian lama (14 tahun) kemarau pingat dalam kejohanan berprestij ASEAN ini.
Menonton perlawanan malam tadi, mengingatkan aku kepada zaman kegemilangan Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh – iaitu zaman kegemilangan bola sepak yang terakhir sebelum ini. Selepas memenangi Piala AFF Suzuki kali ini dan juara Sukan SEA tahun lepas, skuad muda Malaysia kali ini sememangnya sedang melakar sejarah baru bola sepak negara. Dan aku percaya ranking bola sepak dunia Malaysia akan naik pada tahun depan.
Kini apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia ialah mengekalkan konsistensi dan berusaha lebih keras untuk meningkatkan lagi tahap permainan. Melihat kepada pemain-pemain dalam skuad negara malam tadi, aku rasa yakin dengan kemampuan mereka kerana kebanyakannya masih muda. Semua tonggak pertahanan kita malam tadi berusia tidak lebih 22 tahun. Dengan bimbingan K. Rajagobal, pemain – pemain seperti Khairul Fahmi, Mohd Sabree, Mahali Jasuli, S.Kunalan, Norshahrul Idlan Talaha dan lain – lain mempunyai prospek dan masa depan yang cerah. Penjaga gol No. 1 kita, Khairul Fahmi, sekali lagi menunjukkan kematangan dan konfiden dengan menyelamatkan penalti awal daripada skuad ‘Garuda’. Selepas perlawanan malam tadi, nama Khairul Fahmi berjaya memecah ‘Trending’ list dalam Twitter.
This is a good sign for Malaysian footbal. Aku percaya peminat – peminat bola yang selama ini hanya tertumpu kepada English Premier League akan mula memberi perhatian kepada bola sepak tempatan semula. Tanda – tandanya sudah kelihatan. Buktinya semasa Final pertama di Stadium Bukit Jalil baru – baru ini tiket perlawanan habis dijual. Begitu juga perlawanan antara Kelantan dan Negri Sembilan semasa Final Piala Malaysia sebelum itu. Aku sendiri sudah mula menonton Liga M tempatan sejak skuad Kelantan mula menunjukkan potensinya tahun lepas (yes, aku penyokong Kelantan). Selama ini hanya menyokong Arsenal sahaja. Bila kualiti bola sepak naik, penonton akan datang dengan sendirinya.
Akhir sekali, tahniah sekali lagi kepada skuad muda Harimau Malaya! Kejayaan kali ini benar – benar bermakna kepada bola sepak negara dan menaikkan spirit cintakan negara. Our next target should be Asia Cup. If you love Malaysia, tweet it through this hashtag #ilovemalaysia on Twitter! Oh ya, PM dah announce – esok cuti! Yes sekali lagi!
Some selected headlines about the match last night:
Cries of ‘Malaysia Boleh’ echo throughout the country (The Star)
Malaysia clinches victory at the Gelora Bung Karno Stadium (The Star)
Najib declares Friday a holiday (The Star)
Goalie makes it to global Twitter trending list (The Star)
The lucky jersey that never gives us the blues (The Star)
Khairul Fahmi ke-5 tertinggi di rangkaian Twitter (Berita Harian)
Malaysia Lift Prestigious AFF Suzuki Cup For The First Time (AFF Website)
Fans buy laser pointers for AFF Cup revenge (The Jakarta Post)
Indonesia wins the second leg, fails to win Cup (The Jakarta Post)

No Comments Yet - be the First!