Woohoo! Attention, book lovers! Big Bad Wolf Book Sale sekarang ni sedang berlangsung dari 12 – 17 November di South City Plaza, Seri Kembangan. Jualan murah buku ini dianjurkan oleh Big Bad Wolf Book dan bagi yang belum tahu, Big Bad Wolf Book Sale ni ialah antara acara yang paling ditunggu-tunggu oleh ulat-ulat buku, errr.. termasuk aku la tu. Ini kerana koleksi buku dalam jualan murah ni memang banyak dengan berbagai kategori dan harga yang sangat murah.
Big Bad Wolf Book Sale ni sebenarnya dah diadakan beberapa kali sebelum ni dan telah meraih reputasinya sendiri di kalangan peminat-peminat buku tempatan. Menurut penganjur, event kali ni menjanjikan lebih banyak buku daripada sebelumnya.
Walaupun dah banyak kali diadakan, ini merupakan kali pertama aku berpeluang mengunjungi event ini setelah beberapa kali miss. Dan seperti dijangka, ianya tidak mengecewakan. Buku-buku yang dilonggok di sini memang banyak dan murah sangat-sangat! Boleh dikatakan semua buku jenis fiction (novel atau cerita) dijual dengan harga RM8 sahaja dan yang berkulit keras dijual pada harga RM10. Buku-buku fiction ni kalau normal price biasanya ranges from RM30-RM60. Banyak juga buku daripada author terkenal seperti John Grisham, Michael Crichton, James Patterson dan… dengan buku-buku bertaraf ‘International BestSellers’ atau ‘New York Times BestSellers’ mereka. Tajuk-tajuk buku popular seperti ‘The Associates’, ‘The Beauty County’, ‘The Time Travelers Wife’ memang boleh dapat di sini.
Buku-buku non-fiction juga tidak kurang banyaknya. Kebanyakannya dijual pada harga RM10-RM20 sahaja! Kalau korang tak terliur jugak tak tau le. Buku-buku non-fiction ni, kalau kat kedai buku di Malaysia jangan harap la dapat harga kurang dari RM50, walaupun buku tu sebesar tapak tangan je. Kategori buku non-fiction ni juga almost complete macam kat kedai buku seperti buku motivasi, self-guidance, academics, IT, web, advertising & marketing, economics, cooking, travel guides, sports, childrens, religions, references dan sebagainya. Terdapat juga satu seksyen khas untuk majalah sahaja.
Aku spent masa kat sini lebih kurang 2 jam. Ingat nak dok lama lagi tapi orang dah mula ramai berasak-asak menjelang tengah hari. Bila dah ramai tu biasa la, ada jenis menolak-nolak and campak-campak buku. Ada jugak yang jenis tengok kita atas bawah bila kita beli buku tak banyak macam dia. Kononya dia tu lebih ulat buku dari kita. Hmm, manusia! Sebenarnya buku-buku kat sini takde la tajuk-tajuk yang latest di pasaran. Tapi buku-buku yang ada ni bukannya lama sangat pun, dalam setahun atau 2-3 tahun lepas je. Kalau kat kedai, buku-buku lama ni pun diorang still jual mahal jugak.
Apa pun, aku seronok sangat sebab dah beli buku yang aku nak sebanyak 13 bijik dengan harga RM106 sahaja! Boleh la penuhkan library kat rumah tu and some more, boleh reduce income tax for this year! Haha! So korang tunggu apa lagi, kalau nak carik buku murah baik pergi sekarang sementara stok and masa masih ada.

Sale big bad wolf yang tahun lepas ada la pegi. Rasanya tahun lepas boleh tahan jugak murah harganya, tapi banyak buku yang aku nak takde masa tu.. so frust la jugak. Tahun ni rasnya tak sempat pegi. Ingat nak pegi 17 hb tapi raya Haji pulak tarikh tu..
I grabbed the thick McMilan English dictionary for RM20 and Guiness Book of Wirld Record 2009 at RM12 only. Cool!
Wee Meng: I managed to get the Guiness Book of World Record 2009 too. It comes with 3D pics and glasses, right?
Ismael: looking forward for their next big sale! jom pegi sama2..hehe. harap next time lagi banyak titles..